Sddefault 277.jpg
Sports

B002 – Syamsul Bahri bin Mohamad – NATIONAL CONFERENCE IN SPORTS SCIENCE & CO-CURICULUM 2021

Products You May Like

Tajuk Kajian : Keberkesanan Pengunaan Buku Panduan Berasaskan Aktiviti Terhadap Pengajaran dan Pembelajaran Kokurikulum Radio Amatur di Politeknik Merlimau Melaka

Syamsul Bahri Mohamad, Shahidzwan A. Rahim, Md. Nazri Darlu
Politeknik Merlimau Melaka, 77300, Jasin Melaka

ABSTRAK

Kokurikulum merupakan aktiviti yang merujuk kepada kegiatan pengajaran dan pembelajaran yang dirancang bagi memberikan peluang kepada para pelajar untuk mengukuhkan kemahiran insaniah dengan amalan nilai-nilai positif yang baik. Kokurikulum juga didefinasikan sebagai kurikulum tambahan atau pendidikan lanjutan kepada kursus yang telah dipelajari di dalam kelas yang merangkumi aktiviti-aktiviti berpersatuan, kelab, permainan, sukan serta unit beruniform. Bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran kokurikulum dapat dilaksanakan dengan berkesan, alat bantuan mengajar seperti buku panduan aktiviti mampu membantu meningkatkan minat, daya kreativiti dan kefahaman para pelajar dalam memperolehi pengalaman sebenar akan sesebuah topik yang diajar. Oleh itu, dalam kertas kajian ini sebuah buku bertajuk Buku Panduan Mengelola Aktiviti Kokurikulum Radio Amatur telah dibangunkan sebagai bahan sokongan semasa pengajaran dan pembelajaran kokurikulum berkaitan radio amatur. Radio Amatur merujuk aktiviti hobi berbentuk pengetahuan sains radio yang melibatkan aktiviti membina, mengujikaji dan berkomunikasi melalui peralatan radio komunikasi yang bersandarkan perlesenan dibawah penyeliaan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia. Ianya dibangunkan sebagai salah satu usaha penyebaran ilmu berkaitan dengan radio amatur serta aktiviti berkaitan pengurusan organisasi atau kelab termasuk cadangan kepada pembelajaran secara kolaboratif, demonstrasi, simulasi dan permainan. Satu kajian tinjauan berbentuk soal selidik telah dilaksanakan bagi menguji keberkesanan penggunaan buku panduan ini ke atas pelajar di Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Merlimau Melaka yang mengambil kursus kokurikulum MPU24021 Kelab (Radio Amatur). Hasil daripada kajian menunjukkan bahawa buku panduan pengelolaan aktiviti kokurikulum radio amatur dapat membantu meningkatkan 16% kemahiran kepimpinan, 11% kemahiran kerja berpasukan dan 13% kemahiran interpersonal para pelajar berbanding pengajaran tanpa penggunaan buku panduan aktiviti. Impak daripada penghasilkan buku ini dapat juga dapat membantu tenaga pengajar dalam membuat persediaan pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan pengetahuan, kemahiran, norma dan nilai dalam membantu perkembangan pelajar dari segi aspek jasmani, rohani, mental dan emosi selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang bertujuan membentuk generasi masa hadapan yang seimbang.

Kata Kunci: Buku Panduan Aktiviti, Kokurikulum, Radio Amatur

Articles You May Like

Madonna Crushes Personal Concert Record with 1.6 Million Fans in Rio
Tiffany Haddish Says Campus Protests Are Not Effective, Write a Letter
La película de acción de Ryan Gosling “The Fall Guy” fracasa en taquilla
Tom Brady Shuts Down Jeff Ross Over Robert Kraft Massage Joke
Kourtney Kardashian Details Postpartum Struggles at Work

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *